Saturday, July 30, 2011

taboley tido ... WTF ??

sebenarnya, aku nak post benda ni dari pagi tadi... pukui 6... tapi tetibe brodband aku cm palat, tinggal nk post, tapi 'tak larat' hahaha... so... skrang ni aku baru post.... lalalalala.. ta men tipuu pon.. haa.. haaa..


Gile weyh !! da pukui 5.40 pg, tp aku still tak leh nk tdo....
aahhhh ! ape aku nk buatt neyyyhh ! sat lagi, dlm pukul 6.30 nk kena hnta my mother p kerja lageehh.. adeehh..
then 10++ ada date lagehh.. waaaaaa...... zommmbbiieee... ! haha.. chill chiillll.... 
masa tak boleh tido ni laah start aku nk tengok video clip yg 'mencuit' hati ... mana dapat??  macaa' bese laahh..
YOUTUBE maaahh....  apa video??? anoyyyying orange.. hahaha.. mustahil korang semua tak tahu... even dah basi, berulat, nanah, kudis, terkopek balik  tapi org kata, saja-saja nk tonton sekali lagi.. hehehe.. still boleh wt aku senyuummm maaahh... makin parahh pale hotak aku sbb ta tido.. hahaha..

Kalau aku tak boleh tdo, program aku tuk memboleh kan aku tidoooo......... maen gem, online, dngar lagu, tengok porno... hahahaha.. jujoo kot.. eerrr..... baring trlentang, 'menggaru'... haha.. tu style aku laaa. korang-korang agak-agaknya mcam mane haaa?? hahaha.. korekk idong pun bolehh datang ngtok kott.. haha... bilaa leka-leka korek, msti mata kuyupp je.. haha.. dapat lak 'timah' besar... patu jentik sana sini... wuuuuuu.. nikmat-nikmat.. ok, sekarang aku dah tambah 1 lagi program aku kalau ta dapat tido........ 'mencarut' kt bloggg neeyyhh, hahaha..

Derr... ni ta boleh jadi ni, melampau lampau dah ni... ahh, pagi nanti kalau jadual kosong x pe la gak, ni berisi penuuhhh.. mati la nanti mamaiii je satu hari... masa-masa mcm ni aku perlu kan 'lagu tido', hahahaha....
byk boleh pilih ni.... nk tengok pornoo.... headfon kt dpn, malasss ahhh nak hambik, hahaha.. videooo porno tukan melembabkan hotak, soo.. kalau korang tgk, tak rasa mngantuk ke??? haha.. aku tetido kottt tgk.. so..
dahh ada 'filem tido' aku... hahahahahhahaa.... sorry, aku mereng sikit.. tolong jangan menyummpah.. hehe


Lastly, aku rsa, aku kena baring jelaahh.. payah kalau cani... tapi ok kot.. aku pon dah mengantokk ni, hahaha.. apelaah aku membebel sal tidoorr lak ni.. tapi ok la... kongsi cite kat korang siket-siket, kan kannn.. lalala... damnnn.. sekarangkan... msalah baru dah di 'download' kat pale hotak aku........

I NEEDDD FOODDD TO EAAATT LA PULAAAKK !!!

Thursday, July 28, 2011

puasa dah dekat !

Alamak ! pose nak dekatlaahh !!
korang dah bersedia ke?? haha.... aku??  belum.. yeaaah! sebab? sejujurnya, aku tak ganti lagi pose yg aku ponteng, haha..... bilaa mau ganti??  .........

Bulan puasa tgh-tgh ada class ni, aku rsa mncabar sket kot.. lapa tu ok lagi, tapi biasanya kurang air yg wt bdn pns, kire mmg ta bole tahan.... nampak nya, 2 botol air la aku telan tiap2 kali bersahur, haha.. bunshiiit la akuuu !
tapi yg bgus nya, bulan-bulan pose ni la mse tuk berjimat... mkn pun ta byk... kn kn?? haha.. pastu boleh la aku jd kn bulan pose ni, bulan diet ! yeaahhh !

Ok,kita lupakan sal hal tadi.. ok, aku pun tak cukup amalan nk ckp gempak-gempak sal bulan mulia ni, aku cuma ckp, apa yg aku baca je, and aku tahu.. lau aku tipu, so, aku pun tertipu gak, nampk nampk??



TARIKH UNTUK MELIHAT ANAK BULAN


Berikut adalah tarikh untuk melihat anak bulan ramadhan atau bulan puasa 2011. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia telahpun mengeluarkan senarai rasmi tarikh mencerap anak bulan bagi tahun 2011, Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan – Bulan Puasa 2011.
Tarikh yang diumumkan untuk melihat anak bulan ramadhan adalah seperti berikut:
- Tarikh mencerap anak bulan Ramadan untuk penetapan tarikh awal puasa 2011 pada 31 Julai 2011
- Tarikh mencerap anak bulan Syawal untuk penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri 2011 pada 29 Ogos 2011
- Tarikh mencerap anak bulan Zulhijjah 2011 adalah pada 24 Oktober 2011.
Berdasarkan kalendar islam 1432H/2011M yang telah dikeluarkan juga, tarikh awal puasa atau 1 ramadan diramalkan pada 1 Ogos 2011 manakala tarikh 1 syawal pula bersamaan 30 Ogos 2011. Tarikh 10 Zulhijjah atau hari raya aidil adha pula pada 6 November 2011.
Walaubagaimanapun ianya tertakluk kepada perubahan dan bergantung kepada hasil cerapan dan melihat anak bulan seperti yang dijadualkan di atas.



TARIKH HARI KEBESARAN ISLAM 2011

Wednesday, July 27, 2011

e-pin... ko da gemok laa !

addoooyyy ! camnaaa nehhh.. !
ni semuaa gara-gara suka try mknan la ni ! ish !!..
before ni, kire bdn aku biasa-biasa je.. ta gemok ta kurus, cm taff la kn.. hahaha.. tapi, sejak balik dari Penang, perhhh !! kt sana aku punya la lenjan mcm-mcm, sekali mkn je, 3 benda... char kuew teoww, chapati ngn nasi ayam.. gila 'serabut' meja makan kitorg time tuuh ! aku memang da psang niat nk p Penang, memang nk lenjan habis-habisan, nasi kandaq lageeh.. perhh.. dlm 5 hari tu, balik Selangor, da macm belon ! HAHAHA...seyeii toii..

pastu p lagi Penang, masuk ni dah 3x dah.. tolak yg kedua tu sbb aku p kjap je.. aku kerap p Penang ni pasal rumah member aku, kt sana.. tu senang.. yg kali ke3 ni lg dasyat wehhh ! 2 mggu aku bantai duk 'menapak' kan kaki aku kat sne.. lg laah.. tiap 2,3 jam.. msti perot aku berisi... ta pnh trasa kosg.... even lepas berak.. korg bayang kn.. hahaha !! then.. after 2mnggu, cm palat kembong rupa aku.. hahahaha.. mendasyatkn kott..

so !!!!!!
skrg ni aku.. aku tgh try tamau lenjan mknan cm palat daah, haha... mkn cm bese je... aku try mkn sehari sekali je.. hehehe.. lau lapo, num milo ess ! cukup la tu piin !! haha..
alangkan, aku nk 'bina' badan laa.. dapat fit, cukup la, kn kn.. hehe... hahahaha.......
nk kata ni azam aku pun tak la.. cm la aku ni obes kn.. cuma, kalau dapat, bguiih la.. lau tak.. nk wat cane, kn kn..? haha...hahahaha..

lapa lakk, dapat aym bara 2 ketuii pun dap ni, chooww..
haha..


lau dapat cenggini, msti mak aku terharu..
hahaha..

Monday, July 25, 2011

EPIC RAP BATTLE OF HISTORYY !

hahaha... sup ! 
korg, ak ada something ni share kt korg neyhh.. ok, benda ni mmg seronok...
aku harap korg enjoyy me'watching' nyaa..!

TAPI...aku nk berleter dlu la ye...... hahaha..

aku bukan la nk bngga sgt ngn orag barat ni.. tapi aku suka pale hotak dorg, idea-idea dorg..
kadang-kandang, kepala hotak dorg melampau-lampau dasyat smpai bila dorg wt somthng, kita smpai ckp
'mak aiii... mane dorg dpt idea nk wt cm ni la syiaaalll'.. kira tak trfikir nk buat laa kn..

kita ckp ni dari segi hiburan la sng.. kalau nk umum.. mmg banyak sgt..
tgk jelah movie-movie dorg, gmpak-gmpak... tapayah movie, video clip lagu jedaah gmpak... !
mmg la org ckp, itu antara satu cara dorg nak lalaikan kita.. dgn hiburan.. tapi, silap-silap kn, satu hari nanti, itu antara punca rezeki korang.. nak buat mcm mana? 

tapii.. kalau setakat ape yg kita ada sekarang ni,, mmg tak cukup,, tapi aku rasa, kita dah boleh
'start' nk berbangga dgn pencapaian hiburan kt tanah air kita ni...
baru-baru ni, KL GANGSTER, meletopp gila, kn kn?? meymey aaahh.. hahaha..

tapi kn.. AKU DAH LARI DARIPADA TAJUK ASL NI.. aku cuma nk tnjuk kn video clip yg bdk-bdk barat buat, betapa gmpak nya idea-idea bdk-bdk barat.. remaja....


EPIC RAP BATTLE OF HISTORY !!
(PART 1-11)
































aku tahu benda ni pun, dari mmber aku... mmg gmpak kn??
hahaha... !

Sunday, July 24, 2011

HORROR MOVIE POSTER

hellowwww... 
sem 1, sbject basic com.. aku kena wt horror movie poster as final project aku..
project, individu... poster kena letak muka sendiri...... part yg mnyakitkan hati, haha
tuk project ni je. aku da wt photoshoot dlm 3x.. haha.. pyh betooollll.. hah..
tapi aku cuma dpt letak photoshoot yg 1st je.. coz......... aku lupa mnta pic kt cam mmber aku.. kn. haha


HOORROORR MOVIE POSTER !

akhirnya, aku dpt gk siapkan poster yg tak 
berapa nk seram nehh.. tp aku mmg pueh hati ngn
hasil yg ak da 'jaya' kan ni.. hhaha






haha.. june as 'make up' artis kami.... hoho..
berbakat..ke? lalala..






so, ni Ashman.. hahaha... 
berangan nk 'jadi' frakenstein..
jadi ke?? huuu..





mekup sendiri pun bole....
puntianak.. muka cute cani, nk jd punitanak??
hahahaa... mahal kalau jd ni ! hehe








abang waff.. memegang watak zombi.. hahahaha..
mmg mengah melayan 'idea' c pendek ni
hahaha




Wednesday, July 13, 2011

things that should not be forgotten


TEATER KOMSAS : KERUSI



haha.. bila aku tgk balik gmbar ni, mcm tak percaya yg aku pernah mewakili sekolah untuk pertandingan teater dengan diorang-diorang ney.. tak pernah terlintas aku nk jadi 'artis' ni, hahaha.. dari secara tak sengaja aku terdatang audition, layak then kena hafal skrip,dapat watak angkuh miang poyo kejam, tiap-tiap hari 'training' ngn diorang ni, kena maki ngn cikgu teater, kena belajar silat, belajar menggedik, sampai ke pertandingan teater komsas.. macam-mcam yang kita telah lalui bersama, pahit, manis, suka, duka dan bermacam onak dan duri kita tempuhi.... ape mcm bangang je ayt aku ni, hahaha.. 


kami johan la weyh! hahaha..
hasil usaha kitorang dan cikgu's akhirnya berjaya gak membawa pulang piala dlm bekas lutsinar, pingat plasik ada pelekat emas sorang satu, wang tunai RM50 000 dan yang wang tunai tu aku kencing.. haha.. yg lg gmpak bila slh seorang dari kami berjaya mendapat anugerah pelakon trbaik (kalau korg nmpk dlm gmbr, tu yg duk pakai bju hitam nk tikam aku tu) dan cikgu kami (kanan gambar) mndpt anugerah pengarah trbaik, aku tak tahu la perasaan mereka-mereka ni, yang aku tahu, asl nya aku masuk secara tak sengaja tapi aku, kami dapat bawa balik umah kemenangan ni, then dpt show off kt kwn2, haha.. bodo, korg x ada.. time training korang glak2 kan kitorg kn..! haa, nampak nampak , haa.. haha, x dok laah, gurau jo.. apa pun mmg gempak gila, puas hati kitorang !

-ANTARA BARISAN PELAKON-

MUHD WAN SHAH FARIZ
haha.. mamat ni, adalah pemegang watak bole di katakan hero dalm drama ni, PUTERA,
laki MASAYU.. dia ni pembunuh ! sbb dia bunuh aku.. huhu..
perwatakan bersemangat patriotik, setia kawan, ada la sikit sifat kepahlawanan
dan buta... sbb penolong kanan aku, cungkil mata dia.. puas hati aku !

KHAIRUL ARIFFIN
haha, ni aku.. pemegang watak DATUK SERI SEGALA
mcm sieey nama watak aku kn??  nk cover nama asa datuk serigala
perwatakan aku sempoyy je..
tegas, angkuh, hati busuk, kejam, gatal. haha..
best mmg best, nk lakonkan punya cm hanjing pyh nya !



NURAMIRA IZZATI
haha.. syaitan kan? pemegang watak MASAYU..
dalam watak, kena lemah lmbut, ciwek, sopan, ayuu gitu..
mcm ta boleh blah kn?  tapi korang kena tgk time dia duk kena belakon
menangis meraung, tangkap leleh ! ada gk kena mengedik.. mnggedik ngn aku kowt..haha..
tapi makcik ni, mmg berbakat gila !! 
NASHARIL AZZIM
trkenal ngn sifat pelik x reti malu dia, haha..
kdg2 bila otak tak betol dia dtg membuatkan smua org pk kn masa dpn dia..
pemegang watak... tuta utama,
dia mnjadi penolong kanan aku..
so, dlm lakonan, dia tempang, gigi rongak, ada taik lalat besa, hahaha
memang hbt belakon, dia antara yg byk mngajar aku.... 

p/s : so soory kpd yg aku terlepas pandang, T_T..


-DIORANG YANG MEMBANTU-
MIRA, ZAFIRAH, NANI
Gundik, dan Penari dan Penghibur beta, hahaha..
c buncit yg bernama HAFIZUDDIN ni adalah antara manusia yg memaikan
peranan penting.. soudman, lightman, tukang angkatman, byk la..
hehehe....

sebelah kiri, MUNTAHA yg telah byk memberi nasihat
dan tunjuk ajar (seorang yg berpengalaman), kanan ni macik AYU, haha
camtu la rupa MASAYU after taubat..lelong-lelong !
hahaha.. kekasih-kekasih saya .......


Saya mengucapkan jutaan terima kasih kpd cikgu nada dan cikgu marina kerana telah memberi peluang seterusnya mengajar saya, dan mereka-meraka yang terlibat dalam 3suku production untuk berjaya sampai keperingkat ini !  dan terima kasih juga kerana telah memberi peluang kepada kami mengikuti ke setiap cabang-cabang yg berunsurkan seni lakon untuk mengasah otak kami supaya dapat menjadikan lakonan kami lebih baik....thnx y'all !



Acoustica

CERITA SIKIT PASAL ACOUSTICA


Acoustica ni adalah sebuah band yang di tubuhkan oleh dua orang member aku.. Meon (lead guitar) dan Waff  (2nd guitar).. dorang ni asalnya saja-saja je 'goreng2' lgu yang dorang suka.. lama-lama si waff ni pun try cipta lirik.. bila dah banyak lirik yg dorang buat, maka trcetuslah idea kt kepala hotak dorang ni, nk tubuhkan band..

Kebetulan, time tu ada dua orang member diorang, member aku jgak la kn, June (bass) dan Boy (drum) pun turut berminat untuk bersama menubuhkan band... jadi, hasil daripada persetujuan bersama, maka, Acoustica dipilih untuk dijadikan nama band mereka..

                           



( kiri atas meon, kanan atas waff, kiri bawah june, kanan bawah boy)


- antara lagu-lagu ciptaan mereka -

A view from you
Im not a dreamer
In our dreams
Broken heart accompany by tears
The truth of love





- lagu pertama mereka sebelum Acoustica di wujudkan -

CERITA SIKIT PASAL DIORANG ...


aku kenal dorang masa aku dalam UNISEL, (ayt mcm da keluar unisel je) ... pertemuan aku ngn diorang secara berperingkat, start dari waff and june ( classmate aku pun) , meon then barulah boy..
dorg ni memang sekepal, sehati, seotak.. semua bole masuk... kira antara member aku yang terbaik aah dorg ni.. aku da anggap dorg mcm adk beradik aku dah, ssh payah ktorg sama, aku susah dorg ada utk tlong aku, byk jasa-jasa yg dorg da 'campak' kt aku ni.. kalau nk cakap satu-satu, memang jenuh sbb trlampau byk.. dorang ni la yg selalu jadi mangsa telinga benanah sbb jd tmpt tuk aku mngadu, dorang la yg selalu pecah hotak sbb tolong pk tuk selesaikan masalah aku, so banyak sgt knangan-knangan yg aku tak dapt lupakan sepanjang aku kenal dorang ni ( belum setahun lagi pun ) ... so, aku rasa bertuah dapat dduk sebumbung ngn dorang skrg ni ( rumh sewa baru ) kecuali june la sbb dia kn perempuan.. tapi june selalu 'melawat' ktorg.. sng kata ktorg byk habis kn masa BERSAMA laa.. even aku selalu kena pelangkung ngn dorg ( sbb paling muda ) tapi aku da anggap mcm abang n akk aku yg duk sekeh2 aku ( x ada abg pun ) ...
kira aku dah jatuh cinta kt dorg da (WTF) mksd aku, aku da syg dorg cm adk bradik aku sndiri..
so, tu je yang aku dapat story skit sal dorg ni.. nk detail lg, nanti aku pk kan, hahaha..

so Acoustica, semoga korang berjaya dengan apa yang korang usahakan !!

p/s : sorry kalau ada yg salah aku cita pasal korang, lalala..

fesbuk : http://www.facebook.com/pages/Acoustica/188303241208531?sk=wall

Tuesday, July 12, 2011

BERSIH.....PATRIOT??

asalnya, aku tak ambil tahu pun pasal benda-benda politik ni, malas nk terpengaruh dengan mana-mana pihak. Antara sebab aku tak tgk berita, sebab politik ni la.. tapi, nk ikutkan, memang aku tak tengok tv pun, bukan berita je, hahaha..

masa ni aku kat Penang, lepak rumah member. banyak sngat Road block kat jalan-jalan utama, ada orang cakap, sebab perhimpunan haram, aku pun tak ambik port sangat. so, owwwhkan jelah..
aku malas nak masuk campur hal-hal politik ni, kang yang sebelah pihak kata macam ni, aku tahu, da tak suka belah pihak lain, pastu datang pulak sebelah pihak lain ckp pihak tadi, fuck sana fuck sini, so, aku jadi keliru menjadi buntu.. senang, ahh, lantak pi hang laah..

tiba-tiba, lepas perhimpunan yg dikatakan haram tu berlaku, member aku post video kt facebook.
dorg tunjukkan apa yang berlaku masa perhimpunan tu..so, hati aku trgerak nak cari maklumat, apa sebenarnya point dorang buat semua ni...so, ni la yang aku dapat, banyak lagi sebenarnya.. tapi, sekali lagi aku nk TEGAK kan, yang aku tak mnyebelah mana-mana pihak, mana-mana politik pun.. kang tak pasal-pasal aku kena tangkap pulak, huhu.. ni untuk maklumat je, hehe..




BERSIH


TUNTUTAN PERHIMPUNAN


Tuntutan-tuntutan Perhimpunan BERSIH 2.0 mempromosikan demokrasi yang telus dan dinamik. Semua warganegara Malaysia termasuk ahli politik yang berpendirian bahawa rakyat Malaysia mempunyai hak untuk menikmati demokrasi yang telus dan dinamik sepatutnya menyokong dan bukan mengecam tuntutan-tuntutan tersebut.


Peranan badan-badan bukan kerajaan (NGO) di kalangan masyarakat Malaysia yang sangat penting sebagai pendukung aspirasi masyarakat tidak boleh dinafikan. Badan-badan tersebut membentuk masyarakat madani Malaysia serta membantu menyalurkan suara rakyat. Sekiranya ada pihak yang meremehkan kepentingan masyarakat madani Malaysia, maka mereka juga menindas suara rakyat.


BERSIH 2.0 merupakan gabungan 63 NGO yang mempunyai kepentingan dalam mempromosikan demokrasi dan pilihanraya yang bebas serta adil di Malaysia. Pada asalnya, keahlian gabungan BERSIH yang menganjurkan perhimpunan pada tahun 2007 terdiri daripada pihak-pihak NGO dan parti-parti politik. Namun kini, BERSIH 2.0 yang dilancarkan pada 10 November 2010 hanya terdiri daripada ahli-ahli dari golongan masyarakat madani. BERSIH 2.0 merupakan satu gerakan rakyat untuk pilihanraya yang bersih dan adil. Jawatankuasa Induk BERSIH 2.0 terdiri daripada 14 individu yang mewakili pelbagai badan NGO di Malaysia.


BERSIH 2.0 menekankan sekali lagi bahawa Perhimpunan BERSIH 2.0 adalah satu inisiatif yang dipimpin oleh masyarakat madan dan kami telah menjemput golongan-golongan lain, termasuk semua parti-parti politik.


BERSIH 2.0 ingin menjemput semua rakyat Malaysia yang berminat untuk menghadiri dan meluahkan pandangan-pandangan mereka di Majlis Pelancaran Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 19 Jun 2011. Kami akan meneliti secara terperinci 8 tuntutan BERSIH 2.0 dalam majlis tersebut.




8 PERKARA TUNTUTAN
Tuntutan BERSIH terdiri daripada 8 perkara, iaitu:


1.BERSIHKAN SENARAI UNDI


Senarai undi dicemari dengan penyelewengan seperti orang yang telah mati dan beberapa orang yang berdaftar di bawah satu alamat atau alamat yang tidak wujud. Senarai undi perlu disemak semula dan dikemas kini untuk menghapuskan 'pengundi hantu'.
Dalam jangka panjang, BERSIH 2.0 juga meminta SPR untuk melaksanakan sistem pendaftaran pengundi automatik untuk mengurangkan penyelewengan.


2.MENRENFORMASI UNDI POS


Sistem undi pos semasa perlu distruktur semula untuk memastikan bahawa semua rakyat Malaysia dapat menjalankan hak mereka untuk mengundi. Undi pos bukan sahaja akan dibuka untuk semua warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara, tetapi juga bagi orang-orang dalam negara yang tidak dapat hadir secara fizikal di kawasan mengundi mereka pada hari mengundi.Polis, tentera dan penjawat awam juga mesti mengundi biasanya seperti pengundi lain jika tidak bertugas pada hari mengundi.


Sistem undi pos mesti telus. Ejen parti perlu dibenarkan untuk memantau keseluruhan proses undi pos.


3.GUNA DAKWAT KEKAL


Dakwat kekal mesti digunakan dalam semua pilihan raya. Ia adalah penyelesaian yang mudah, murah
dan berkesan dalam mencegah penipuan pengundi. Pada tahun 2007, SPR memutuskan untuk melaksanakan penggunaan dakwat kekal. Walau bagaimanapun, pada hari-hari akhir yang membawa sehingga Pilihan Raya Umum ke-12, SPR memutuskan untuk menarik balik penggunaan dakwat kekal dengan alasan undang-undang dan khabar angin mengenai sabotaj.


BERSIH 2.0 menuntut untuk dakwat kekal digunakan bagi semua pilihan raya yang akan datang. Kegagalan untuk berbuat demikian akan membawa kepada kesimpulan yang tidak dapat dielakkan bahawa ada niat untuk membenarkan penipuan pengundi.


4.MASA KEMPEN MINIMA 21HARI


SPR sepatutnya memberi tempoh kempen tidak kurang daripada 21 hari. Tempoh kempen yang lebih panjang akan membolehkan pengundi lebih masa untuk mengumpul maklumat dan membincangkan pilihan-pilihan mereka. Ia juga akan membenarkan calon-calon yang lebih banyak masa untuk menyebarkan maklumat kepada kawasan luar bandar. Pilihan raya kebangsaan pertama pada tahun 1955 di bawah Kerajaan British mempunyai tempoh kempen 42 hari tetapi tempoh berkempen untuk PRU ke-12 pada tahun 2008 adalah hanya 8 hari.


5.AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL


Ia bukan rahsia bahawa media arus perdana Malaysia tidak mengamalkan laporan yang seimbang, adil dan objektif untuk parti-parti politik jurang semua. BERSIH 2.0 menyeru SPR kepada pihak media untuk semua agensi-agensi media, terutamanya media kerajaan yang dibiayai oleh agensi seperti Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) dan Bernama untuk memperuntukkan perlindungan yang seimbang dan objektif bagi semua pihak potlical.


6.KUKOHKAN INSTITUSI AWAM


Institusi awam mesti bertindak secara bebas dan adil dalam menegakkan kedaulatan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam seperti Badan Kehakiman, Peguam Negara, Badan Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Polis dan SPR perlu distruktur semula untuk bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.


Secara khususnya, SPR mestilah melaksanakan kewajipan perlembagaan untuk bertindak secara bebas dan saksama untuk menikmati keyakinan orang ramai. SPR tidak boleh terus mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai kuasa untuk bertindak mengikut undang-undang yang memperuntukkan kuasa yang mencukupi untuk memulakan suatu sistem pilihan raya yang boleh dipercayai.


7.HENTIKAN RASUAH


Rasuah adalah satu penyakit yang telah menjangkiti dalam setiap aspek kehidupan Malaysia. BERSIH 2.0 dan permintaan rakyat untuk menamatkan semua bentuk rasuah. Usaha-usaha semasa untuk membasmi rasuah adalah token semata-mata untuk memuaskan hati mereka rungutan daripada orang ramai. Kami menuntut bahawa tindakan serius diambil terhadap SEMUA tuduhan rasuah, termasuk membeli undi.


8.HENTIKAN POLITIK KOTOR


Rakyat Malaysia bosan dengan politik kotor yang telah ciri-ciri utama arena politik Malaysia. Kami menuntut untuk semua parti-parti politik dan ahli-ahli politik untuk menamatkan politik longkang.Sebagai rakyat dan pengundi, kita tidak berminat dalam politik longkang, kami berminat dalam dasar-dasar yang menjejaskan negara.

http://bersih.org/



p/s : sbb nk dwnld ngn upld bitdeo ni semata, broadbnd aku kini tlah berjalan dalam keadaan yg slow dan menjengkel kan, nasib ujung bulan, law awl......... sentap mak naak..


PATRIOT


KUALA LUMPUR 26 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO hari ini melancarkan Himpunan Patriot (Patriot) yang merupakan perhimpunan membantah perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.


Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, Patriot melambangkan satu kumpulan anak-anak muda yang cintakan tanah air dan sanggup menggadai apa sekalipun demi menyelamatkan tanah air daripada kumpulan perosak.
Menurut beliau, Patriot dianggotai seramai 10 ahli jawatankuasa yang diketuai Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim selaku pengerusi himpunan.
‘‘Kita akan turun dan tentang perhimpunan itu habis-habisan. Mereka pengkhianat, kita tahu niat mereka sebenar. Sebab itu, adakah kami anak-anak muda ini perlu tunggu lagi? Kalau kita tunggu kita juga akan jadi pengkhianat.
‘‘Kita yang akan turun pada 9 Julai itu bagi menjadi suara kumpulan majoriti senyap selain pemuda, wanita dan mewakili seluruh rakyat demi mendokong proses demokrasi dan hak rakyat sejak zaman merdeka,’’ katanya pada sidang akhbar Himpunan Patriot di sini, hari ini.
Reezal Merican yang juga Penyelaras Patriot seterusnya mempersoalkan kenapa Bersih tidak mahu mengadakan perhimpunan yang didakwa akan dilakukan secara aman itu di negeri-negeri yang diperintah pihak pembangkang.
Jelas beliau, ini terbukti bahawa Bersih bukanlah sebuah gerakan yang bersih sebaliknya ia bertopengkan pakatan pembangkang kerana Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin pernah menyatakan bahawa jika pembangkang tidak menumbangkan kerajaan melalui pilihan raya, mereka akan memilih jalan raya.
Ditanya adakan Patriot memilih untuk mengadakan perhimpunan secara aman, ‘‘kalau aman yang Bersih berikan, maka natijahnya amanlah,’’ katanya sambil menunjukkan lambang dan warna Patriot merah kuning kepada wartawan.
Beliau juga berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan pihak polis bagi menyampaikan hasrat Patriot.
Sementara itu, Abdul Azeez memberi ingatan kepada Pengerusi Bersih, Datuk S.Ambiga dan konco-konconya supaya jangan melakukan perhimpunan haram tersebut dan sekiranya masih berdegil, himpunan tersebut akan berhadapan dengan kumpulan majoriti senyap yang terbesar.
Beliau berkata, sekiranya kumpulan berkenaan mempunyai niat yang baik dan betul, mereka tidak perlu membawa sehingga 10,000 orang yang terdiri daripada kanak-kanak, warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) seperti yang mereka pernah lakukan pada tahun 2007.
‘‘Saya minta mereka pergi ke pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan menghantar memorandum kepada pengerusinya, manakala di Istana Negara pula, hantar kepada pegawai istana, setakat empat, lima orang sudah memadai.
‘‘Justeru, saya merayu kepada pihak polis supaya jangan tunggu lagi, sudah lebih 1,000 laporan polis dibuat bagi membantah himpunan berkenaan, dah sampai waktunya tangkap sahaja mereka,’’ ujar beliau.

http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=article&sid=10650


pada pandangan aku, benda ni tak perlu nak buat sampai mcm ni.. even kte niat baik pun, nk buat utk msa dpan, tapi kalau dgn cara mcm ni kita lakukan, perhimpunan, perarakan membantah mcm ni, memang kekecohan akan berlaku, tak kiralah pihak mana  yg mulakan sekali pun.. sepatutnya, sebelum menjalankan sesuatu aktiviti, tak kisahlah mcm mne keadaan or cara ia dijalankan, tapi 'leader' perlu brfikir akibat yg mereka akn hadapi, baik buruk nya.... siapa yg layak utk mnyertai, dari segi kesihatan, peringkat umur.. semua tu..

KECUALI kalau 'leader' itu sndiri yg menjadikan pengikutnya sbgai mangsa untuk dijadikan propaganda untuk menjatuhkan sesebuah pemerintahan kepada rakyat yg menyaksikan kejadiaan2 yg berlaku ketika perhimpunan.....

Monday, July 11, 2011


1st, aku tak prnah trfikir pun yang aku akan 'bikin' blog ni. sebab aku tak tahu nak cerita pasal apa.. Then, sekarang ni, aku dah pun ada blog sendiri, and the part yang kelakarnya, aku still lagi tak tahu apa yang aku patut 'letak' kt dalam blog aku ni.. haha.. saja-saja je nk ada blog sendiri, 'macam' berminat. so sekarang, apa je yang ada dalam palotak aku ni, apa aku nampak dan apa yang aku dengar, dan aku rasa nak kongsi, aku tinggal 'letak' je kat sini, bebas.. tak terikat pun, tak payahlah aku nak fikir sesuai tak sesuai, kan?? tapi, still ada had limit.. ada or tak ada orang yang baca tu lain hal, tak terfikir pula aku nak dapat sambutan dari mana-mana pihak.. ok?? aku terfikir gak, macam mana kalau benda ni semua, takat ni je. maksud aku, lepas ni aku tak post pape pun, kira angan-angan je.. tapi... tu bukan masalah korang pun, kan?? o.o"






So, aku e-pin lahir tahun 92 dan aku ank Selangor . Memang kalau aku nk mintak yayasan anak Selangor dah boleh dapat, tapi aku bodo sebab x minta. lupakan... perjalanan hidup aku tak banyak yang menarik untuk aku kongsikan selain dari aku pernah beli Ferrari F430 dengan hanya menggunakan duit PTPTN aku, tidur semalam bersama Salena Gomez, belasah Justin Bieber rakam terus post dalam YOUTUBE dan hantar kertas soalan exam tnpa jawapan tapi dapat A+ untuk subject tersebut...
Aku banyak berangan yang pelik-pelik.. tapi, kadang-kadang angan-angan tu sendiri yang tolong buat aku rasa seronok, rasa happy, the best part is kadang-kadang aku boleh jadikan angan-angan tu sebagai ubat untuk aku lupakan masalah, walaupun sekejap, tapi dah cukup puas.. dari aku tersadai mengenangkan nasib, kan?? Kita manusia ada macam-macam cara tuk kita selesaikan masalah kita, sekurang-kurangnya dapat tenangkan sikit palehotak kita yang berat ni pun jadilah. macam-macam juga yg kita boleh olah.. Tapi jangan jadi bodoh bangang kalau masalah kita, assignment x siap, pastu duk berangan "kalaulah aku pejam mata,bangun-bangun je dah siap"..
Tapi, dalam aku berangan yang pelek-pelek ni, aku still ada 1 angan-angan yang 'sejati' yang membuatkan aku bersemangat untuk aku berusaha dalam hidup, belajar bersungguh-sungguh so.. bila tiba masanya, masa tu boleh la aku ckp, angan-angan jd kenyataan.. waaaa... ok, sekarang aku tgh berangan...........