Tuesday, July 12, 2011

BERSIH.....PATRIOT??

asalnya, aku tak ambil tahu pun pasal benda-benda politik ni, malas nk terpengaruh dengan mana-mana pihak. Antara sebab aku tak tgk berita, sebab politik ni la.. tapi, nk ikutkan, memang aku tak tengok tv pun, bukan berita je, hahaha..

masa ni aku kat Penang, lepak rumah member. banyak sngat Road block kat jalan-jalan utama, ada orang cakap, sebab perhimpunan haram, aku pun tak ambik port sangat. so, owwwhkan jelah..
aku malas nak masuk campur hal-hal politik ni, kang yang sebelah pihak kata macam ni, aku tahu, da tak suka belah pihak lain, pastu datang pulak sebelah pihak lain ckp pihak tadi, fuck sana fuck sini, so, aku jadi keliru menjadi buntu.. senang, ahh, lantak pi hang laah..

tiba-tiba, lepas perhimpunan yg dikatakan haram tu berlaku, member aku post video kt facebook.
dorg tunjukkan apa yang berlaku masa perhimpunan tu..so, hati aku trgerak nak cari maklumat, apa sebenarnya point dorang buat semua ni...so, ni la yang aku dapat, banyak lagi sebenarnya.. tapi, sekali lagi aku nk TEGAK kan, yang aku tak mnyebelah mana-mana pihak, mana-mana politik pun.. kang tak pasal-pasal aku kena tangkap pulak, huhu.. ni untuk maklumat je, hehe..




BERSIH


TUNTUTAN PERHIMPUNAN


Tuntutan-tuntutan Perhimpunan BERSIH 2.0 mempromosikan demokrasi yang telus dan dinamik. Semua warganegara Malaysia termasuk ahli politik yang berpendirian bahawa rakyat Malaysia mempunyai hak untuk menikmati demokrasi yang telus dan dinamik sepatutnya menyokong dan bukan mengecam tuntutan-tuntutan tersebut.


Peranan badan-badan bukan kerajaan (NGO) di kalangan masyarakat Malaysia yang sangat penting sebagai pendukung aspirasi masyarakat tidak boleh dinafikan. Badan-badan tersebut membentuk masyarakat madani Malaysia serta membantu menyalurkan suara rakyat. Sekiranya ada pihak yang meremehkan kepentingan masyarakat madani Malaysia, maka mereka juga menindas suara rakyat.


BERSIH 2.0 merupakan gabungan 63 NGO yang mempunyai kepentingan dalam mempromosikan demokrasi dan pilihanraya yang bebas serta adil di Malaysia. Pada asalnya, keahlian gabungan BERSIH yang menganjurkan perhimpunan pada tahun 2007 terdiri daripada pihak-pihak NGO dan parti-parti politik. Namun kini, BERSIH 2.0 yang dilancarkan pada 10 November 2010 hanya terdiri daripada ahli-ahli dari golongan masyarakat madani. BERSIH 2.0 merupakan satu gerakan rakyat untuk pilihanraya yang bersih dan adil. Jawatankuasa Induk BERSIH 2.0 terdiri daripada 14 individu yang mewakili pelbagai badan NGO di Malaysia.


BERSIH 2.0 menekankan sekali lagi bahawa Perhimpunan BERSIH 2.0 adalah satu inisiatif yang dipimpin oleh masyarakat madan dan kami telah menjemput golongan-golongan lain, termasuk semua parti-parti politik.


BERSIH 2.0 ingin menjemput semua rakyat Malaysia yang berminat untuk menghadiri dan meluahkan pandangan-pandangan mereka di Majlis Pelancaran Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 19 Jun 2011. Kami akan meneliti secara terperinci 8 tuntutan BERSIH 2.0 dalam majlis tersebut.




8 PERKARA TUNTUTAN
Tuntutan BERSIH terdiri daripada 8 perkara, iaitu:


1.BERSIHKAN SENARAI UNDI


Senarai undi dicemari dengan penyelewengan seperti orang yang telah mati dan beberapa orang yang berdaftar di bawah satu alamat atau alamat yang tidak wujud. Senarai undi perlu disemak semula dan dikemas kini untuk menghapuskan 'pengundi hantu'.
Dalam jangka panjang, BERSIH 2.0 juga meminta SPR untuk melaksanakan sistem pendaftaran pengundi automatik untuk mengurangkan penyelewengan.


2.MENRENFORMASI UNDI POS


Sistem undi pos semasa perlu distruktur semula untuk memastikan bahawa semua rakyat Malaysia dapat menjalankan hak mereka untuk mengundi. Undi pos bukan sahaja akan dibuka untuk semua warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara, tetapi juga bagi orang-orang dalam negara yang tidak dapat hadir secara fizikal di kawasan mengundi mereka pada hari mengundi.Polis, tentera dan penjawat awam juga mesti mengundi biasanya seperti pengundi lain jika tidak bertugas pada hari mengundi.


Sistem undi pos mesti telus. Ejen parti perlu dibenarkan untuk memantau keseluruhan proses undi pos.


3.GUNA DAKWAT KEKAL


Dakwat kekal mesti digunakan dalam semua pilihan raya. Ia adalah penyelesaian yang mudah, murah
dan berkesan dalam mencegah penipuan pengundi. Pada tahun 2007, SPR memutuskan untuk melaksanakan penggunaan dakwat kekal. Walau bagaimanapun, pada hari-hari akhir yang membawa sehingga Pilihan Raya Umum ke-12, SPR memutuskan untuk menarik balik penggunaan dakwat kekal dengan alasan undang-undang dan khabar angin mengenai sabotaj.


BERSIH 2.0 menuntut untuk dakwat kekal digunakan bagi semua pilihan raya yang akan datang. Kegagalan untuk berbuat demikian akan membawa kepada kesimpulan yang tidak dapat dielakkan bahawa ada niat untuk membenarkan penipuan pengundi.


4.MASA KEMPEN MINIMA 21HARI


SPR sepatutnya memberi tempoh kempen tidak kurang daripada 21 hari. Tempoh kempen yang lebih panjang akan membolehkan pengundi lebih masa untuk mengumpul maklumat dan membincangkan pilihan-pilihan mereka. Ia juga akan membenarkan calon-calon yang lebih banyak masa untuk menyebarkan maklumat kepada kawasan luar bandar. Pilihan raya kebangsaan pertama pada tahun 1955 di bawah Kerajaan British mempunyai tempoh kempen 42 hari tetapi tempoh berkempen untuk PRU ke-12 pada tahun 2008 adalah hanya 8 hari.


5.AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL


Ia bukan rahsia bahawa media arus perdana Malaysia tidak mengamalkan laporan yang seimbang, adil dan objektif untuk parti-parti politik jurang semua. BERSIH 2.0 menyeru SPR kepada pihak media untuk semua agensi-agensi media, terutamanya media kerajaan yang dibiayai oleh agensi seperti Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) dan Bernama untuk memperuntukkan perlindungan yang seimbang dan objektif bagi semua pihak potlical.


6.KUKOHKAN INSTITUSI AWAM


Institusi awam mesti bertindak secara bebas dan adil dalam menegakkan kedaulatan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam seperti Badan Kehakiman, Peguam Negara, Badan Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Polis dan SPR perlu distruktur semula untuk bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.


Secara khususnya, SPR mestilah melaksanakan kewajipan perlembagaan untuk bertindak secara bebas dan saksama untuk menikmati keyakinan orang ramai. SPR tidak boleh terus mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai kuasa untuk bertindak mengikut undang-undang yang memperuntukkan kuasa yang mencukupi untuk memulakan suatu sistem pilihan raya yang boleh dipercayai.


7.HENTIKAN RASUAH


Rasuah adalah satu penyakit yang telah menjangkiti dalam setiap aspek kehidupan Malaysia. BERSIH 2.0 dan permintaan rakyat untuk menamatkan semua bentuk rasuah. Usaha-usaha semasa untuk membasmi rasuah adalah token semata-mata untuk memuaskan hati mereka rungutan daripada orang ramai. Kami menuntut bahawa tindakan serius diambil terhadap SEMUA tuduhan rasuah, termasuk membeli undi.


8.HENTIKAN POLITIK KOTOR


Rakyat Malaysia bosan dengan politik kotor yang telah ciri-ciri utama arena politik Malaysia. Kami menuntut untuk semua parti-parti politik dan ahli-ahli politik untuk menamatkan politik longkang.Sebagai rakyat dan pengundi, kita tidak berminat dalam politik longkang, kami berminat dalam dasar-dasar yang menjejaskan negara.

http://bersih.org/



p/s : sbb nk dwnld ngn upld bitdeo ni semata, broadbnd aku kini tlah berjalan dalam keadaan yg slow dan menjengkel kan, nasib ujung bulan, law awl......... sentap mak naak..


PATRIOT


KUALA LUMPUR 26 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO hari ini melancarkan Himpunan Patriot (Patriot) yang merupakan perhimpunan membantah perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.


Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, Patriot melambangkan satu kumpulan anak-anak muda yang cintakan tanah air dan sanggup menggadai apa sekalipun demi menyelamatkan tanah air daripada kumpulan perosak.
Menurut beliau, Patriot dianggotai seramai 10 ahli jawatankuasa yang diketuai Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim selaku pengerusi himpunan.
‘‘Kita akan turun dan tentang perhimpunan itu habis-habisan. Mereka pengkhianat, kita tahu niat mereka sebenar. Sebab itu, adakah kami anak-anak muda ini perlu tunggu lagi? Kalau kita tunggu kita juga akan jadi pengkhianat.
‘‘Kita yang akan turun pada 9 Julai itu bagi menjadi suara kumpulan majoriti senyap selain pemuda, wanita dan mewakili seluruh rakyat demi mendokong proses demokrasi dan hak rakyat sejak zaman merdeka,’’ katanya pada sidang akhbar Himpunan Patriot di sini, hari ini.
Reezal Merican yang juga Penyelaras Patriot seterusnya mempersoalkan kenapa Bersih tidak mahu mengadakan perhimpunan yang didakwa akan dilakukan secara aman itu di negeri-negeri yang diperintah pihak pembangkang.
Jelas beliau, ini terbukti bahawa Bersih bukanlah sebuah gerakan yang bersih sebaliknya ia bertopengkan pakatan pembangkang kerana Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin pernah menyatakan bahawa jika pembangkang tidak menumbangkan kerajaan melalui pilihan raya, mereka akan memilih jalan raya.
Ditanya adakan Patriot memilih untuk mengadakan perhimpunan secara aman, ‘‘kalau aman yang Bersih berikan, maka natijahnya amanlah,’’ katanya sambil menunjukkan lambang dan warna Patriot merah kuning kepada wartawan.
Beliau juga berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan pihak polis bagi menyampaikan hasrat Patriot.
Sementara itu, Abdul Azeez memberi ingatan kepada Pengerusi Bersih, Datuk S.Ambiga dan konco-konconya supaya jangan melakukan perhimpunan haram tersebut dan sekiranya masih berdegil, himpunan tersebut akan berhadapan dengan kumpulan majoriti senyap yang terbesar.
Beliau berkata, sekiranya kumpulan berkenaan mempunyai niat yang baik dan betul, mereka tidak perlu membawa sehingga 10,000 orang yang terdiri daripada kanak-kanak, warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) seperti yang mereka pernah lakukan pada tahun 2007.
‘‘Saya minta mereka pergi ke pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan menghantar memorandum kepada pengerusinya, manakala di Istana Negara pula, hantar kepada pegawai istana, setakat empat, lima orang sudah memadai.
‘‘Justeru, saya merayu kepada pihak polis supaya jangan tunggu lagi, sudah lebih 1,000 laporan polis dibuat bagi membantah himpunan berkenaan, dah sampai waktunya tangkap sahaja mereka,’’ ujar beliau.

http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=article&sid=10650


pada pandangan aku, benda ni tak perlu nak buat sampai mcm ni.. even kte niat baik pun, nk buat utk msa dpan, tapi kalau dgn cara mcm ni kita lakukan, perhimpunan, perarakan membantah mcm ni, memang kekecohan akan berlaku, tak kiralah pihak mana  yg mulakan sekali pun.. sepatutnya, sebelum menjalankan sesuatu aktiviti, tak kisahlah mcm mne keadaan or cara ia dijalankan, tapi 'leader' perlu brfikir akibat yg mereka akn hadapi, baik buruk nya.... siapa yg layak utk mnyertai, dari segi kesihatan, peringkat umur.. semua tu..

KECUALI kalau 'leader' itu sndiri yg menjadikan pengikutnya sbgai mangsa untuk dijadikan propaganda untuk menjatuhkan sesebuah pemerintahan kepada rakyat yg menyaksikan kejadiaan2 yg berlaku ketika perhimpunan.....